Friday, February 11, 2011

kePEMIMPINan

 Assalamualaikum to all readers, if any. :)

hari nie, setengah hari, saya telah participate dalam program Half-day workshop for students' leaders under KIRKHS. banyak juga yang saya belajar tentang ilmu kepimpinan dan memimpin.

memimpin, terpimpin dan dipimpin.

nampak sama je kan perkataan-perkataan kat atas nie, tapi hakikatnya maksud yang berbeza.

memimpin apabila kita telah dipimpin dan terpimpin.

kadang-kadang apabila kita tidak dipimpin, kita akan jadi salah dan tersasar dalam memimpin. macam ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan lurus dan tegak, selagi ibu ketam tidak berjalan dengan lurus, selagi itulah anak-anaknya akan berjalan senget!

masuk tak analogi nie? bolehlah.. huhu :)

maksudnya, apabila ketam yang bengkok jalannya itu cuba meluruskan jalan anaknya yang bengkok, bagaimanakan ketam itu menunjukkan cara jalan yang betul sedangkan ia pun belum meluruskan jalannya.

analoginya, jika diri sudah salah, bagaimana mahu membetulkan yang lain. begitu juga dengan kepimpinan.

SEDANG BELAJAR

masing-masing sedang dalam proses pembelajaran subjek kepimpinan. dalam kita memimpin hari-hari yang kita lalui, dalam kita memimpin hak-hak untuk anggota tubuh badan, dalam kita memimpin keutamaan dan kepentingan, semuanya satu proses pembelajaran yang memerlukan tempoh masa yang panjang diperbaiki dan memperbaiki.

hakikatnya, kita seharusnya dipimpin dengan Al-Quran dan Sunnah nabi,
terpimpin dengan akal yang sihat, dan waras,
dan natijahnya kita berjaya memimpin dengan rasional, efektif dan idealism.

baru sebenar-benar Pemimpin.

Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik contoh pemimpin  dan figure yang patut kita teliti setiap langkah dan strategi kepimpinan Baginda. lihat sahaja bagaimana proses kepemimpinan Baginda sehingga membuahkan kejayaan yang besar adalam Fathu Makkah (pembukaan Mekah).

dalam keinginan Baginda dan sahabat-sahabat mahu menunaikan Haji dan melawat Tanah Suci Mekah setelah 7tahun meninggalkan tanah kelahiran, Baginda telah memilih untuk berpatah balik ke Madinah tanpa menunaikan Ibadah Haji. kenapa? kerana baginda memilih untuk beralah dahulu sebelum menang.

"we are prepared to lose in small battle in order to win the WAR"

Baginda dan Sahabat-Sahabat telah dihalang masuk oleh Musyrikin Mekah. mereka telah mengikat perjanjian bersama Rasulullah dan pada zahirnya kelihatan seperti membawa keuntungan kepada pihak Musyrikin. Perjanjian itu adalah perjanjian Hudaibiyyah.

Genjatan senjata (peperangan) dihentikan selama 10tahun, orang Islam Mekah yang keluar dari Mekah dan pergi kepada Rasulullah tanpa izin penguasa Mekah hendaklah dikembalikan ke Mekah dan beberapa kandungan perjanjian yang dianggap 'berat sebelah' telah dipersetujui Baginda.

Namun Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, rupanya hikmah yang lebih besar telah diberi kepada pihak Muslimin.

Pembukaan Mekah.

Subhanallah.

lihat sahaja bagaimana strategi kepemimpinan Baginda membuahkan natijah 'emas' buat Islam. Baginda memimpin kerana telah dipimpin dan terpimpin!

ambillah ibrah dari Sirah Nabawiyyah dan aplikasikanlah dalam kehidupan, itu adalah sebaik-baik peringatan bagi yang mahu berfikir.

jom memimpin! ^_^

Thursday, February 10, 2011

berhenti

berhenti?
herm, bukan kot..
quit?
bukan jugak kot..
cumanya, tak tahu nak mula balik dari mana..

bila fikir-fikir balik,
takkan setiap kali kita jatuh,
kita nak orang lain yang bangunkan kita..
takkan setiap kali berhenti,
kita nak orang capai tangan kita..

entahlah,
saya hanya tahu cakap entahlah sahaja kebelakangan ni,
biar saya muhasabah,
dari mana saya perlu mula semula..





speechless *_*

Wednesday, February 9, 2011

Wonderpets antara realiti dan fantasi

Untuk sebulan cuti semester, hampir setiap setiap hari saya tak miss tengok wonderpets. Mana taknya, jam 2.30 petang, tv9 dah di ‘booking’ adik saya. Baru berusia dua tahun dah pandai nyanyi “apa yang penting, KERJASAMA!!”

Tak mengapa, yang positif boleh diterima.

Serius, sejujurnya saya suka melihat ‘sesuatu’ disebalik penceritaan Wonderpets. Bermula dari Lini (Watak hamster – wonderpets) yang menerima panggilan, sehinggalah Ming-Ming (Watak itik – wonderpets) menutur “ini serius”, semuanya bagi saya mempunyai mesej tertentu yang sebenarnya wajar untuk dipertontonkan kepada kanak-kanak.

Walau siapa dan apa sekalipun, jika ada yang meminta pertolongan, pasti mereka (wonderpets) akan membantu. Tak kiralah, berlainan spesies atau sama, mereka tetap akan mencuba walau tahu itu sememangnya mustahil, macam membersihkan gigi crocodile (buaya), sehinggalah menerbangkan anak burung dan mengajar anak angsa menari.

Bagaimana si hamster mengajar anak angsa itu menari, kita letakkan kamudian. Yang penting, satu daripada mesej-mesej yang disampaikan adalah Menjadikan suatu yang mustahil kepada tidak mustahil.

‘turning impossibilities into possibilities’

Menjadikan sesuatu itu mustahil sememangnya amat mudah. Hanya dengan berkata TIDAK BOLEH, TIDAK MAMPU, ianya telah menjadikan sesuatu itu mustahil untuk dilakukan. Tetapi menjadikan sesuatu yang mustahil itu kepada yang tidak mustahil adalah sesuatu yang memerlukan keazaman dan keteguhan hati.

Simulasinya, bagaimana menukar keterbiasaan yang negatif kepada kebiasaan yang positif.

Bagi mereka yang gemar tidur lewat hingga 3 ke 4 pagi, kemudian bangun pukul 9 ke 11 pagi, tentu sukar sekali untuk memadam habit masa tidur yang sebegitu. Namun, pernahkah sekali mencuba? Walau disangka tidak akan berjaya sekalipun, namun percubaan itu adalah satu proses kejayaan.

Dahulu, saya memang dilanda dilema, dilema tentang pemilihan pre-degree kedua, maksud saya, MINOR degree. Siang malam kepala pusing, memikirkan itu dan ini.

Apa yang saya sedar, saya kerap berkata ‘aku tidak mampu’, ‘ aku tidak pandai’ untuk mengambil minor dalam history (Sejarah). Hakikatnya, saya telah menjadikan minat saya sebagai satu perkara yang mustahil untuk dilakukan. Bukan saya tidak mahu, tetapi saya menidakkan kemampuan saya.

Lalu yang keluar dari mulut saya hanyalah perkataan tidak dan bukan boleh.

Namun, Allah lebih tahu jalan mana yang patut saya dilorongkan. Alhamdulillah, saya mula beransur berani sedikit demi sedikit, dan subjek sejarah sudah menjadi makanan harian saya kini. Saya mula belajar apa erti mahu daripada perkataan tidak mampu.

Saya mula menjadikan ketidakmampuan saya sebagai turning point untuk saya mengoreksi diri. Turning point untuk berbalik semula kepada kemampuan saya.

Dan sebenarnya, kemahuan kita yang akan mengatasi ketidakmampuan kita. Dan selebihnya, sebagai hamba, kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa, supaya Allah meminjamkan kita kekuatan, dan melorongkan kita dalam jalan yang benar.

Dan,

Wonderpets, antara realiti dan fantasi, hanya dapat kita tentukan jika kita sudah mengaplikasi.

Selamat mencuba!

Perbaharui niat

Perbaharuilah niat..

saya selalu ingatkan diri saya sendiri dan juga adik-adik persatuan supaya sentiasa perbaharui niat. Maksud saya, fokus pada niat yang utama, dan bila niat mahu menyimpang, perbaharui semula niat. Kerana dengan niat itulah amal dan perbuatan kita akan terlorong.

Macam nak buat program, atau apa-apa aktiviti berpersatuan, biarlah kita mahu ke indonesia sekalipun, apa yang penting adalah niat dan objektif. Kalau kita hanya sekadar mahu bersuka ria tanpa ada satu manfaat sekalipun maka, perbaharuilah niat kita kerana apakah kita mahu berprogram. Kalau hanya kerana mahu bersuka ria, maka yang kita dapat hanyalah suka dan ria itu sahaja. Noktah.

Saya teringat kisah yang saya baca dalam SOLUSI keluaran terbaru, kisah seorang lelaki yang mendapat kehinaan apabila niat dia bernikah dengan seorang wanita hanyalah kerana mahu mendapat kemuliaan dan status. Ibn U’yainah lalu berkata, “orang yang menginginkan kemuliaan, akan diberikan kehinaan, orang yang menginginkan kekayaan akan diberikan kefakiran, dan orang yang menginginkan kesolehan, maka Allah akan himpunkan untuknya kemuliaan dan kekayaan.”

Subhanallah.

Dengan niat macam-macam boleh berlaku, baik atau buruk hakikatnya adalah kerana niat yang satu. Seperti Jika diisi dengan kandungan yang kotor, maka kotorlah satu bekas, sementalahan, jika diisi dengan kandungan yang bersih, maka akan bersihlah seluruhnya. Macam HATI.

Herm,

Bila saya terfikir itu, saya mula refresh kembali semua niat saya. Kenapa saya mahu berprogram, kenapa saya mahu mengambil kos Bahasa Arab, kenapa saya mahu minor dalam History, kenapa itu dan ini. Hakikatnya, muhasabah niat itu adalah penting. Kalau boleh tiap-tiap hari sebelum tidur itu, ambillah masa 5 hingga 10 minit untuk muhasabah. Takut-takut niat menyimpang amal kan jadi sia-sia. Naudzubillah.

Jadi,

Marilah memperbaharui niat.

Thursday, December 16, 2010

ad-dunya

ad-dunya.

berasal dari perkataan -dana-yadunu-,
yang bermaksud, rendah, hina.

ad-dunya juga bermaksud tempat ujian, tempat untuk diuji, adakah penghuninya dikalangan yang terbaik.

dunia,
sebenarnya menyamar,
belum lagi menampakkan sifat sebenarnya sampai suatu ketika,
ketika kita meninggalkan dunia,
atau dunia yang meninggalkan kita,
baru kita akan tersedar,
dunia itu fana dan tidak baqo',
bersifat sementara dan tidak kekal..

siapa yang mahu dunia,
perlu ada ilmu,
siapa juga yang mahukan akhirat,
perlu ada ilmu,

hakikatnya dunia itu tidak bermakna tanpa ilmu,
tanpa Taqwa.

kalau dahulu, Rasulullah berpesan, dunia ini ibarat seorang wanita tua,
kalau zaman kini, bagaimanakah keadaan wanita tua itu setelah 1400 tahun berlalu?
membongkokkah? terbaringkah? wallahu a'lam.

persiapkanlah diri untuk dunia dan akhiratmu..

.pesanan penaja.
'dunia-dunia juga akhirat jangan lupe..'

jangan hanya pada nama

ustaz kata,

setakat ini antara pelajar kelulusan bahasa Arab yang berkualiti adalah dari UIA.

herm, berbunga tidak, bangga mungkin sedikit, sebab kan universiti kita. eh, kita? kita kan..

selebihnya, jantung terus berdegup kencang, dub dab dub dab, memikirkan tanggungjawab yang dipikul bukan hanya dalam kampus, malahan apa yang akan dipikul selepas grad nanti.

jangan hanya pada nama, jangan hanya pada sijil, tapi pada ilmunya, sumbangannya..

ya,

saya terfikir, saya belajar untuk apa? kerana apa? apa matlamat saya? adakah hanya sekadar nak dapatkan ijazah, Master, gelaran doktor dan bla bla..

ini bukan yang saya mahukan. bukan pada gelaran, tidak juga hanya sijil,
tetapi ilmu dan 'sesuatu' yang boleh disumbangkan kepada masyarakat.

jadi..

buktikannya! :D

Wednesday, December 15, 2010

hanya tag-name

"even with no blood relation, we can cry and laugh together..."
*atashinchi no danshi

sangat benar.

sahabat,
teman,
jiran,
kesemuanya tiada pertalian darah..

tapi tetap boleh ketawa bersama,
menangis bersama,
tersenyum bersama,

kerana

yang menghubungkan kita adalah persefahaman dan kasih sayang.

sahabat, teman jiran dan sebagainya hanyalah 'tag-name' untuk sebuah ikatan kasih sayang.
hakikatnya tetap sama seumpama satu keluarga.
one family,
happy family.

thanks friends for being with me... ^__^

syahdu di malam hari...