Thursday, December 16, 2010

ad-dunya

ad-dunya.

berasal dari perkataan -dana-yadunu-,
yang bermaksud, rendah, hina.

ad-dunya juga bermaksud tempat ujian, tempat untuk diuji, adakah penghuninya dikalangan yang terbaik.

dunia,
sebenarnya menyamar,
belum lagi menampakkan sifat sebenarnya sampai suatu ketika,
ketika kita meninggalkan dunia,
atau dunia yang meninggalkan kita,
baru kita akan tersedar,
dunia itu fana dan tidak baqo',
bersifat sementara dan tidak kekal..

siapa yang mahu dunia,
perlu ada ilmu,
siapa juga yang mahukan akhirat,
perlu ada ilmu,

hakikatnya dunia itu tidak bermakna tanpa ilmu,
tanpa Taqwa.

kalau dahulu, Rasulullah berpesan, dunia ini ibarat seorang wanita tua,
kalau zaman kini, bagaimanakah keadaan wanita tua itu setelah 1400 tahun berlalu?
membongkokkah? terbaringkah? wallahu a'lam.

persiapkanlah diri untuk dunia dan akhiratmu..

.pesanan penaja.
'dunia-dunia juga akhirat jangan lupe..'

jangan hanya pada nama

ustaz kata,

setakat ini antara pelajar kelulusan bahasa Arab yang berkualiti adalah dari UIA.

herm, berbunga tidak, bangga mungkin sedikit, sebab kan universiti kita. eh, kita? kita kan..

selebihnya, jantung terus berdegup kencang, dub dab dub dab, memikirkan tanggungjawab yang dipikul bukan hanya dalam kampus, malahan apa yang akan dipikul selepas grad nanti.

jangan hanya pada nama, jangan hanya pada sijil, tapi pada ilmunya, sumbangannya..

ya,

saya terfikir, saya belajar untuk apa? kerana apa? apa matlamat saya? adakah hanya sekadar nak dapatkan ijazah, Master, gelaran doktor dan bla bla..

ini bukan yang saya mahukan. bukan pada gelaran, tidak juga hanya sijil,
tetapi ilmu dan 'sesuatu' yang boleh disumbangkan kepada masyarakat.

jadi..

buktikannya! :D

Wednesday, December 15, 2010

hanya tag-name

"even with no blood relation, we can cry and laugh together..."
*atashinchi no danshi

sangat benar.

sahabat,
teman,
jiran,
kesemuanya tiada pertalian darah..

tapi tetap boleh ketawa bersama,
menangis bersama,
tersenyum bersama,

kerana

yang menghubungkan kita adalah persefahaman dan kasih sayang.

sahabat, teman jiran dan sebagainya hanyalah 'tag-name' untuk sebuah ikatan kasih sayang.
hakikatnya tetap sama seumpama satu keluarga.
one family,
happy family.

thanks friends for being with me... ^__^

syahdu di malam hari...

yang pasti

alhamdulillah..

kemudahan itu mudah sahaja Allah nak beri kan?
seringkali mencuba dan mencuba,
jangan putus asa,
sekalipun sudah merasa lelah,
berdoalah.

Allah pasti mendengar doamu.

dan natijahnya,

samaada doamu dimakbulkan,
lambat atau cepat,
atau digantikan dengan yang lebih baik.

itu PASTI.

berdoalah..

"jika hambaku bertanya tentangku, katakan aku dekat. dan aku menjawab dan memakbulkan doa-doa mereka yang berdoa.." [Al-Quran]

tadah tangan sahaja, tidak perlu wang ringgit

^__^

Tuesday, December 14, 2010

two in one


Hari kedua, sem baru.

Kebiasaannya masih belum mula silibus subjek, ustaz, ustazah, madam, semuanya hanya brief sedikit sebanyak pasal subjek yang akan dipelajari, bertaa’ruf, dan tak kurang juga dengan kata-kata semangat dan dorongan untuk terus sukses.

2 in 1

Perkataan ini terus saja memuncul dalam fikiran waktu dalam kelas sorof petang tadi. Mana taknya, ustaz Yasir dalam sembang santainya banyak bagi dorongan.

Dalam lecture ada lesson,

Dalam belajar ada juga nasihat dan peringatan,

Kan 2 in 1 namanya?

Bagi budak-budak kos arab kat Uia nie memang sangat-sangat terbiasa dengan kelembutan ustaz dan ustazahnya. Nasihat, peringatan seringkali membugar di bibir-bibir mereka. KAYA, sangat kaya. Kaya dengan nasihat.

Dalam kelas, ustaz menyentuh bagaimana untuk benar-benar menjadi orang yang berjaya. Berjaya bukan hanya memiliki segulung ijazah, tidak, tetapi punya keyakinan pada diri dan jelas dengan matlamat yang dicari. Itu namanya kejayaan yang sebenar.

CINTA

Mungkin perkataan yang senang untuk menggambarkan jelas dengan matlamat yang dicari, cinta pada ilmu yang dipelajari.

“Hubbul lughah arabiyyah” bukan “Hubbussyahadah” [cintakan sijil/Ijazah]

Berkali-kali juga ustaz menyebut ayat ni, hampir hadam dalam ingatan.

Jelas.

Ya, jelas dengan matlamat diri. Aku belajar bukan hanya kerana nakkan segulung ijazah, tidak. Aku mahu mendalami Bahasa Arab kerana aku cintakan bahasa.

Berkali-kali juga mengulang ayat yang sama.

Sama juga dengan semua kos, semua bidang dan semua ladang ilmu yang diceburi. Yang penting adalah kejelasan matlamat. Kalau ia benar, benarlah jalan yang dilalui.

Ustaz sebut juga pasal ‘attarkiz’, dalam bahasa mudahnya adalah FOKUS. Pelajar, biasanya hanya akan seratus peratus fokus pada malam peperiksaan.

Tidak terkecuali saya.

Mana taknya, peperiksaan tu umpama sebatang rotan, dan kita ni umpama kanak-kanak kecil yang takut akan rotan itu jika buat kesilapan.

Tentu sekali kita amat berhati-hati dan bersungguh melakukan sesuatu. Makanya FOKUS.

Ustaz sentuh juga berkenaan pengurusan masa. Dalam sehari, berapa banyak masa yang dibahagikan untuk ibadah, belajar, pengurusan diri, untuk kesihatan dan lain-lain.

Tanya pula, berapa jam sehari diluangkan untuk membaca?

Berapa jam untuk mengulang kaji?

Semua itu termasuk dalam pengurusan masa seharian.

Apabila sudah mengurus masa, tentunya perlu berterusan. Jangan hari ini kita study dua hingga tiga jam, esoknya 5 minit pun kita tak sentuh buku.

Tidak berkesan.

Sama juga dengan ibadah, solat dhuha, solat witir, solat sunat rawatib yang kita tak pernah tinggalkan pada bulan Ramadhan tidak sama dengan ibadah yang berterusan pada bulan lain.

Ustaz kata, kalau kita hanya buat solat dhuha, solat witir dan solat sunat subuh setiap hari itu lebih baik daripada solat yang diperbanyakkan hanya di bulan Ramadhan.

Bukan kurang baik, Cuma lebih baik ISTIQOMAH atau berterusan.

Hmmm

Untuk yang kelima, ustaz sentuh pasal MUHASABAH.

Ini sangat penting untuk manusia biasa, insan biasa, hamba biasa macam saya. Setiap hari sering saja melakukan kesilapan. Sedar atau tidak pasti tidak terlepas.

Jadi sebelum tidur ambil masa lima ke sepuluh minit untuk muhasabah.

Apa yang telah dilakukan, kesalahan, kebaikan, maafkan kesilapan yang lain, berlapang dada dan sebagainya.

Paling tidak, tepuk dada dan berkatalah “hari esok pasti akan saya jadikan lebih baik dari hari ini, inshaallah.”

Kalau mahu menjadi orang yang sukses dan berjaya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalam yakin dan percaya.

Percaya pada diri

Dan yakin akan kemampuan diri.

From gombak with semangat membugar.

Salam sukses!

Monday, December 13, 2010

contengan

Hari ini hari pertama semester kedua tahun kedua, aish, sekejap saje masa berlalu kan? Tup tup dah nak bergelar pelajar tahun ketiga. Dan sebenarnya telah pun. Hehe, entah macam mana dalam my iium portal sistem dah ubah level belajar saya menjadi level 3, dan haruslah ia hanya untuk pelajar 3rd year, tapi terima sahajalah, dah orang nak bagi. Huhu

Lama betul tangan nie tak menekan papan kekunci untuk menconteng-conteng, mana taknya, kalau dulu, asyik sangat dengan Encik wordpress, sampai waktu cuti saya bertekad nak stop sekejap, nak bagi tumpuan kat family. Akhirnya berjaya, hampir sebulan encik wordpress tak di update. Sungguh kesian. Tup tup empunya encik wordpress dah beralih arah ke blogspot. Nak cari angin baru agaknya? huu

Kalau dahulu, saya punya kawan untuk meluah segala, hampir semualah rahsia dan cerita-cerita disampaikan dengan mulut dan kerongkong nie. [em, ada ke rahsia?] hehe biarlah rahsia. Tapi sekarang, biasalah, kawan tak selamanya kekal di sisi, dan tak selamanya ada untuk mendengar, jadi saya berusaha menjadi seserang yang lebih memahami daripada seseorang yang mahu perhatian untuk difahamkan. Hmm agak-agak faham tak?

Dan hari ini, seperti biasa, saya juga seperti student lain, punya azam baru, misi baru, impian baru, langkah dan susunan baru yang perlu diaturkan untuk mendepani semester ini. Macam biasa, ayat paling popular untuk semester baru;

SAYA AKAN BUAT YANG TERBAIK!!

Terbaik.

Terbaik dalam ibadah saya,

Terbaik dalam pelajaran saya,

Terbaik dalam pergaulan saya,

Dan dan yang lain.

Moga saya sentiasa menjadi yang terbaik. Eh, moga KITA semua menjadi yang terbaik di sisi Tuhan. Amin.

From gombak with hati yang sebak.. huu