Tuesday, December 14, 2010

two in one


Hari kedua, sem baru.

Kebiasaannya masih belum mula silibus subjek, ustaz, ustazah, madam, semuanya hanya brief sedikit sebanyak pasal subjek yang akan dipelajari, bertaa’ruf, dan tak kurang juga dengan kata-kata semangat dan dorongan untuk terus sukses.

2 in 1

Perkataan ini terus saja memuncul dalam fikiran waktu dalam kelas sorof petang tadi. Mana taknya, ustaz Yasir dalam sembang santainya banyak bagi dorongan.

Dalam lecture ada lesson,

Dalam belajar ada juga nasihat dan peringatan,

Kan 2 in 1 namanya?

Bagi budak-budak kos arab kat Uia nie memang sangat-sangat terbiasa dengan kelembutan ustaz dan ustazahnya. Nasihat, peringatan seringkali membugar di bibir-bibir mereka. KAYA, sangat kaya. Kaya dengan nasihat.

Dalam kelas, ustaz menyentuh bagaimana untuk benar-benar menjadi orang yang berjaya. Berjaya bukan hanya memiliki segulung ijazah, tidak, tetapi punya keyakinan pada diri dan jelas dengan matlamat yang dicari. Itu namanya kejayaan yang sebenar.

CINTA

Mungkin perkataan yang senang untuk menggambarkan jelas dengan matlamat yang dicari, cinta pada ilmu yang dipelajari.

“Hubbul lughah arabiyyah” bukan “Hubbussyahadah” [cintakan sijil/Ijazah]

Berkali-kali juga ustaz menyebut ayat ni, hampir hadam dalam ingatan.

Jelas.

Ya, jelas dengan matlamat diri. Aku belajar bukan hanya kerana nakkan segulung ijazah, tidak. Aku mahu mendalami Bahasa Arab kerana aku cintakan bahasa.

Berkali-kali juga mengulang ayat yang sama.

Sama juga dengan semua kos, semua bidang dan semua ladang ilmu yang diceburi. Yang penting adalah kejelasan matlamat. Kalau ia benar, benarlah jalan yang dilalui.

Ustaz sebut juga pasal ‘attarkiz’, dalam bahasa mudahnya adalah FOKUS. Pelajar, biasanya hanya akan seratus peratus fokus pada malam peperiksaan.

Tidak terkecuali saya.

Mana taknya, peperiksaan tu umpama sebatang rotan, dan kita ni umpama kanak-kanak kecil yang takut akan rotan itu jika buat kesilapan.

Tentu sekali kita amat berhati-hati dan bersungguh melakukan sesuatu. Makanya FOKUS.

Ustaz sentuh juga berkenaan pengurusan masa. Dalam sehari, berapa banyak masa yang dibahagikan untuk ibadah, belajar, pengurusan diri, untuk kesihatan dan lain-lain.

Tanya pula, berapa jam sehari diluangkan untuk membaca?

Berapa jam untuk mengulang kaji?

Semua itu termasuk dalam pengurusan masa seharian.

Apabila sudah mengurus masa, tentunya perlu berterusan. Jangan hari ini kita study dua hingga tiga jam, esoknya 5 minit pun kita tak sentuh buku.

Tidak berkesan.

Sama juga dengan ibadah, solat dhuha, solat witir, solat sunat rawatib yang kita tak pernah tinggalkan pada bulan Ramadhan tidak sama dengan ibadah yang berterusan pada bulan lain.

Ustaz kata, kalau kita hanya buat solat dhuha, solat witir dan solat sunat subuh setiap hari itu lebih baik daripada solat yang diperbanyakkan hanya di bulan Ramadhan.

Bukan kurang baik, Cuma lebih baik ISTIQOMAH atau berterusan.

Hmmm

Untuk yang kelima, ustaz sentuh pasal MUHASABAH.

Ini sangat penting untuk manusia biasa, insan biasa, hamba biasa macam saya. Setiap hari sering saja melakukan kesilapan. Sedar atau tidak pasti tidak terlepas.

Jadi sebelum tidur ambil masa lima ke sepuluh minit untuk muhasabah.

Apa yang telah dilakukan, kesalahan, kebaikan, maafkan kesilapan yang lain, berlapang dada dan sebagainya.

Paling tidak, tepuk dada dan berkatalah “hari esok pasti akan saya jadikan lebih baik dari hari ini, inshaallah.”

Kalau mahu menjadi orang yang sukses dan berjaya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalam yakin dan percaya.

Percaya pada diri

Dan yakin akan kemampuan diri.

From gombak with semangat membugar.

Salam sukses!

No comments:

Post a Comment